TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITY

TIPS MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITY

Memperolehi tidur yang cukup amatlah penting untuk kesihatan kita. Penelitian menunjukan apabila kita mengalami kurang masa untuk tidur akan berdampak kepada kesihatan seperti masalah berat bedan, kemurungan ( kurang bersemangat ), masalah jantung dan mudah terkena berbagai jenis penyakit. Kebanyakan orang tahu bahwa memeiliki cukup masa tidur adalah penting untuk tubuh, tapi dikeranakan kesibukan dan tuntutan pekerjaan serta kebiasaan keseharian membuatkan mereka selalu memiliki masalah dengan jadual tidur mereka. 

Kebanyakan mereka akan berborak hingga larut malam dan menghabiskan masa dengan bermain games dan yang aktifiti lainnya. Kadang - kadang hingga mendekati pukul 2, 3 pagi dan kemudian akan terjaga awal pagi dikeranakan harus memulai pekerjaan masing- masing, dikeranakan tidur yang tak cukup, bangun pada awal pagi membuatkan badan akan nampak lesu dan tidak bersemangat. Biasanya orang yang memiliki masa tidur yang tak cukup akan  mempengaruhi pola makan dan pada akhirnya akan terkena gastrik.

Disini saya akan berkongsi sedikit petua kepada anda bagaimana kita boleh mendapatkan kualiti tidur yang baik untuk kesihatan badan kita, diantaranya ialah: 

BERSUKAN
Ramai yang menyarankan agar setiap hari kita bersukan setidak2nya dalam 10 menit, ianya penting bagi tubuh untuk memudahkan kita tidur di malam hari. Dengan bersukan badan akan menjadi sihat dan bersemangat. Biasakan diri anda untuk bersukan agar anda boleh tidur awal di malam harinya

ATUR MASA TIDUR ANDA
Mengatur jadual tidur anda amatlah sangat penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Hindari tidur pada masa yang tak sama seperti hari ini anda tidur pukul 9 malam, keesokan harinya 10 malam, dan lusa 11 malam. Kalau boleh anda jadual untuk tidur pada masa yang sama untuk setiap hari. Dengan itu anda akan mudah untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik. 

JANGAN MAKAN MAKANAN YANG BERAT SEBELUM TIDUR
Maksud dengan makanan berat disini adalah jangan makan makanan yang berat seperti makan ikan, daging dan nasi yang berlebihan sebelum tidur. Cukup dengan mengambil makanan ringan seperti buah-buahan , roti atau makanan yang ringan lainnya. Amalkan pengambilan susu sebelum tidur untuk memudahkan lagi anda terasa mengantuk, dari penelitian menunjukan bahwa apabila kita nak cepat tidur minumlah secawan susu, pasti anda akan segera merasa mengantuk.

TIDUR DALAM KEADAAN GELAP
Tidur dengan lampu yang dipadamkan lebih baik daripada dalam keadaan terang. Dari penelitian menunjukan bahwa pencahayaan akan mempengaruhi  dan merangsanag metabolisme tubuh kita . Biasanya tidur dalam keadaan gelap akan mempercepat tidur dan membuat kita jarang terjaga. 

PERSEKITARAN YANG NYAMAN
Penting sekali bagi anda untuk menciptakan suasana bilik tidur yang nyaman dan bersih. Karena dengan kebersihan bilik tidur akan membuatkan badan kita menjadi sihat dan selesa untuk tidur. Anda boleh mendisain bilik tidur anda seindah dan senyaman mungkin untuk merangsang minda agar senantiasa terasa damai dan aman. 

Dengan adanya petua- petua diatas saya harap anda boleh mendapatkan kuality tidur yang baik dan tentunya akan membuatkan anda lebih bersemangat keesokan harinya untuk memulai aktifitas harian anda.


Comments

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang