MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Penyusuan susu ibu sangat disarankan oleh semua pihak. Kerana ianya telah dikaji oleh ramai bahwa penyusuan susu ibu sangat baik untuk pertumbuhan bayi. Pada zaman sekarang menyusukan bayi bagi wanita bekerjaya adalah hal yang biasa dan tak ada halangan untuk tetap memberikan susu badan kepada bayi mereka selain sibuk bekerjaya. Susu ibu adalah susu semula jadi dan sangat berkhasiat kepada bayi. 

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”


Kebaikan susu ibu untuk ibu diantaranya : 

  • penyusuan susu ibu membantu penyembuhan fisiologi tubuh ibu selepas bersalin  dan berpantang.
  • Penyusuan ibu membantu ibu mengembalikan kembali berat badan setelah mengandung dan melahirkan.
  • penyusuan susu ibu memberikan ruang kepada ibu dan bayi untuk lebih dekat dan terjalin hubungan erat dengan bayi. 
  • Dengan penyusuan susu ibu, akan mengurangkan resiko terkena kanser payudara dan kanser ovari.
  • Dan yang pastinya penyusuan susu ibu adalah cara yang paling ringkas dan tak perlu untuk kita membancuh dan tentunya bersih dan selamat.
Kebaikan susu ibu kepada bayi, diantaranya :
  • Susu ibu membekalkan nutrien sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahirannya. Selepas 6 bulan berikutnya terus menjadi nutrien yang hebat apalagi bila dibandingkan dengan makanan-makanan yang lain yang sesuai untuk bayi.
  • Susu ibu akan melindugi bayi dari serangan penyakit yang mungkin akan datang dalam kehidupannya, selain untuk mengebalkan sistem imun bayi untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bayi juga akan lebih dilindungi daripada jangkitan alergi.
  • Susu bayi sangat mudah dihadam oleh bayi dan selamat diminum kapan sahaja dan dimana sahaja.
  • Susu ibu lebih mengeratkan lagi hubungan adik beradik bayi.


Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Wallahualam.....



Comments

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang