APAKAH PENYAKIT TIBI ITU....???

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.


TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih


CARA JANGKITAN

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta:

  • Melakukan pemeriksaan kahak dan atau
  • Menjalani pemeriksaan X-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.


RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-Prinsip DOTS adalah:

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan.
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
  • Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang dilantik.
                                   Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya

PENCEGAHAN

  • Dapatkan suntikan BCG bagi
- Bayi yang baru lahir
- Murid sekolah: darjah 1 ( 7 tahun ) sekiranya tiada parut di lengan
  • Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
  • Kontek, iaitu keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuar pemeriksaan.


NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk kedalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dwngan membuka pintu dan tingkap.
Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang