Pembesaran Kelenjar Prostat Boleh Menyumbat Saluran Kencing

Tahukah anda bahawa kaum lelaki kebanyakan nya memiliki penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau pembesaran kelenjar prostat.  Penyakit ini masih kurang pendedahan berbanding kanser prostat mahupun disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk. Penyakit ini kebanyakannya dialami oleh lelaki lingkungan 50 tahun ke atas. Meskipun bukan kanser, namun jika tak dirawat ia akan memberi kesan terhadap buah pinggang.



BPH mengganggu masa tidur pesakit dan pasangan


Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat. Biasanya menyerang lelaki berusia lebih 50 tahun. Bukan barah dan kelaziman penyakit membabitkan  lebih 50 peratus dalam kalangan lelaki 60 tahun keatas, lebih  90 peratus dalam kalangan lelaki lebih 85 tahun keatas.  Penyakit ini mewujudkan gejala urinari, mengganggu dan menjejaskan gaya hidup dan corak tidur pesakit. Bersifat progresif dan jika tak dirawat, wujud risiko pembedahan atau kerusakan buah pinggang.


Simptom-simptom yang perlu diketahui :
  • Kerap kencing, contohnya kencing setiap 30 minit atau kurang terutama pada waktu malam. Selalunya jumlah air kencing sedikit.
  • Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak.
  • Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat.
  • Sukar kencing
  • Kencing tidak lawas (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis)
  • Meneran untuk mengeluarkan air kencing.


Ramai yang beranggapan kerap kencing pada waktu malam sebagai pertanda penyakit diabetes. Mereka tidak terpikir BPH sebab perkara ini kurang diberi pendedahan dan tidak disedari. Meskipun BPH dilihat begitu kecil tapi sebenarnya ia memberi tekanan fizikal dan emosi kepada seseorang lelaki. Kekerapan bangun tengah malam untuk membuang air kecil (nokturial), menyebabkan pesakit dan pasangan tidak cukup rehat. Bagi mengelakkan kelihatan tidak profesional dan situasi yang mungkin memalukan, sesetengah pesakit enggan menghadiri mesyuarat yang memakan masa lama kerana kuatir perlu ke tandas berulang kali.



prostat yang membengkak sering di alami oleh lelaki berusia 50 tahun ke atas

Tidak keterlaluan ada yang mengganggap mereka sebagai "toilet mapping" kerana tahu selok belok setiap tandas yang ada dipasar raya atau disepanjang jalan. Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal. Selain itu, tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (Renal  failure).


Batu karang boleh terjadi akibat dari penyumbatan saluran kencing


Pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah itu. Sehingga kini BPH masih belum diketahui apa puncanya, namun penyelidik mendapati ia kerap berlaku pada golongan lelaki 50 tahun keatas.

BPH boleh dirawat dengan mengambil pil yang perlu dimakan seumur hidup. Bagi melancarkan pembuangan air kencing selain kaedah pembedahan. Pembedahan yang biasa dijalankan ialah transurethral resection of prostate (TURP) iaitu bahagian prostat yang menyebabkan salur kencing menjadi sempit dibedah untuk membolehkan air kencing mengalir dengan elok semula.


Pembedahan ini dijalankan secara endoskopi apabila teropong khas (endoskop)dimasukkan ke dalam salur kencing dan membolehkan kelenjar prostat dibedah dengan hanya menggunakan alat endoskopi.

Perlunya kita menjaga kesihatan sedari awal lagi, agar kita terhindar dari pelbagai penyakit. Jaga pola pemakanan dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Membuat senaman sekurang-kurangnya 2 hari sekali, agar badan tetap cergas dan sihat. Perlunya untuk kita mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan dan membantu memulihkan dan menggantikan sel-sel yang rusak.






Comments

  1. Bengkak prostat adalah mimpi ngeri buat kaum adam. Boleh menganggu kesuburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak vitamin. Lelaki kena waspada masalah ini.

      Delete
  2. Vitamin E antara vitamin yang sesuai diambil untuk atasi masalah ini. Memang takut kalau kena bedah!

    ReplyDelete
  3. okeh.

    inin memang bahaya.

    Kena ambil berat juga isu ni.

    ReplyDelete
  4. masalah ni memang sering dialami lelaki, yang ngeri tu boleh develop jadi kanser prostat

    ReplyDelete
  5. kalau rasa nak cepat sembuh buat perkara baik kan jangan tahan kencing tu huuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang