Persatuan Usahawita Hulu Selangor Bersarapan Bersama YB Tuan Nadzri Adun Batang Kali Di Andy Hakim Cafe

Pada minggu lepas kami ahli persatuan usahawita hulu Selangor mengadakan sesi sarapan pagi bersama YB Tuan Nadzri adun Batang Kali di Andy Hakim Cafe Bukit Beruntung. Perjumpaan tersebut untuk lebih mengakrabkan lagi hubungan kami diantara ahli persatuan dan juga beramah mesra dengan YB.


bergambar bersama YB Tuan Nadzri Adun Batang Kali


Sarapan kali ini, pihak persatuan memilih Andy cafe sebagai tempat kami menjamu selera. Perlu anda tahu, sang pemilik cafe ini adalah salah seorang bekas penyampai radio THR Gegar iaitu encik Andy Hakim. Pasti ramai diantara anda yang kenal kan ? Orangnya ramah dan juga baik. Begitu juga dengan pekerjanya, beliau sangat mengambil berat pada bekerja beliau. Restaurant Andy Hakim ini baru sahaja dibuka dan anda boleh datang untuk menjamu selera disini, pelbagai masakan mereka sediakan dan harga nya pun sangat berpatutan.



bergambar bersama encik Andy Hakim pemilik Andy Cafe



salah satu hiasan di dinding Andy Cafe


Restoran encik andy berada di jalan kantan 2c bukit beruntung. Jika anda kebetulan berada dikawasan bukit beruntung, sempatkan lah untuk singgah menjamu selera disana. pelbagai hidangan boleh anda nikmati dan tentunya sangat sedap dan selesa makan disana.


bergambar bersama ahli persatuan



Hari itu sekitar 40 orang ahli persatuan usahawita Hulu Selangor berada disana. Kami datang dari pelbagai latar belakang dan juga memiliki perniagaan masing-masing. Ada yang bermiaga kain, mainan, tudung, makanan, kek dan juga pelbagai jenis perniagaan lain.


Pada perjumpaan kali ini kami berbincang mengenai perniagaan masing-masing dan juga mengutarakan pelbagai masalah yang ada. Perjumpaan seperti ini sangat bermanfaat bagi kami untuk menambah kan lagi hubungan kekeluargaan diantara kami dan juga boleh saling memperkenalkan bidang perniagaan masing-masing. Saya sangat berbangga sekali dapat turut sama bergabung dalam persatuan ini. Terima kasih kepada semua pengurus persatuan yang menjemput kami pada pagi itu untuk mengadakan perjumpaan dengan YB. 


Adik Humairah sempat bergambar dengan YB Tuan Nadzri 


Terima kasih juga kepada YB Tuan Nadzri yang meluangkan masa bersaraan bersama kami. Semoga hubungan ini akan terus berlanjut dan persatuan akan lebih maju dimasa hadapan. Kami persatuan usahawita Hulu Selangor melaksanakan sesi perniagaan seperti car booth sale pada setiap ahad pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari di tapak pasar malam bukit beruntung yang bertepatan dengan stesen bus. Jika anda kebetulan tinggal berhampiran, boleh lah anda singgah. Pelbagai jualan yang kami sediakan dan juga tentunya dengan harga yang sangat murah dan terjangkau.




.

Comments

  1. Bagusnya YB, sempat luangkan masa dengan usahanita semua.
    Seronok dapat YB yang berjiwa rakyat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB memang supel dan dekat dwngan rakyat Mek Illa...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Bagus ada program sebegini untuk meningkatkan ekonomi rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Ain.....program sebegini boleh tolong usahawan untuk lebih maju ke hadapan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Seronok gitu. Dpt mengeratkan silaturrahim :)

    ReplyDelete
  4. Wow...andy hakim...i dulu antara peminat tegar thr gegar...haha....dolu-dolulah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah