Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

Lama tak makan mee bandung, teringat akan resepi turun temurun dari mak dan nenek di kampung, kalau makan mee pasti kami akan gorengkan chili dan udang kering yang dihaluskan terlebih dahulu. Memang menyelerakan dengan bau harumnya.


mee bandung 

Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi resepi mee bandung kesukaan saya kepada anda. Tanpa mengulur masa jom kita mulai sahaja.
Pagi-pagi sekali saya dah ke pasar tani untuk mencari bahan untuk membuat mee bandung ini. Pasar tani Batang Kali dekat sahaja dari rumah saya. Lebih kurang 5 minit perjalanan. Kat pasar tani kita boleh dapatkan mee kuning yang bebas dari bahan pengawet, tentunya lebih selamat dan sihat jika kita makan mee yang bebas dari bahan kimia kan.



Pencarian Mee kuning 

Mee kuning tanpa bahan pengawet ni, boleh kita cari di pasar tani dan kedai-kedai runcit. Sembari mencari mee kuning, saya ternampak peniaga menjual banyak barangan yang sangat susah di cari pada masa sekarang seperti keladi dan buah-buahan kampung. Kalau anda cari di pasaraya mungkin anda tak akan mendapatkannya. Jadi kalau nak cari, baik anda ke pasar tani sahaja. 


ikan masin

Salah satu aktifiti saya bila berkunjung ke pasar tani, iaitu mencari ikan masin. Banyak jenis ikan masin disini dan ianya masih segar tentunya. Nak masak chili padi masak lemak sangat sesuai dengan ikan masin ni. Kebetulan suami saya suka sangat ikan masin masak lemak chili padi. Pajang lebar kita bincang sampai terlupa nak buat mee bandung tadi kan. 

Baiklah sekarang kita siapkan bahan-bahan untuk membuat mee bandung ini, diantaranya iaitu:


  • Mee kuning
  • Udang segar dan beberapa potong ayam segar atau daging 
  • Sayur sawi
  • Hirisan Bawang
  • Telur
  • Daun bawang
  • Air rebusan daging atau ayam
  • Perencah mee bandung (udang kering, lada, bawang merah, dan gula yang tela dihaluskan dan di buat pes terlebih dahulu )


Cara Memasak

Mula-mula kita panas kan sedikit minyak masak untuk menumis bawang merah hingga kekuningan, selepas itu masukkan pes yang sudah dibuat terlebih dahulu. Lalu anda boleh menumis sampai naik bau, lepas itu anda boleh masukkan air rebusan daging atau ayam dan biarkan sampai menggelegak, lepas sudah menggelegak anda boleh masukan ayam atau daging serta masukan mee kuning tadi. Selepas mee agak masak, anda boleh masukkan udang dan juga sayuran yang telah dipotong-potong dan jangan lupa masukan telur. Akhir sekali masukan sedikit perasa dan garam. Taraaa....siap sudah mee bandung kita. 


Mee bandung

Ada baiknya anda buat mee bandung ini ketika turun hujan, makan semasa panas memang menyelerakan. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat untuk anda semua. 




Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : 



 join ahli sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe  Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Wahhh sedapnya mee bandung..favourite ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap+ pedas..slurpp
    Tapi tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  3. Huda xpernah buat mee bandung sbb ingat bahyak rencah. Rupanya simple ja nu. Tapi kalau sapa xterer memang xjadi rasanya.hehehh

    JommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI

    ReplyDelete
  4. Ya ALLAH terliur nila...dah lama tak makan sebba susah nak cari yang sedap..

    Tips Awet Muda

    ReplyDelete
  5. Pasti sedap resepi turun temurun ni. Bolehlah cuba nanti, takpun tunggu Nila masak ye.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  6. Asalam nila, slm knl..memg nmpk sdp sgt..mudah plak nak mmbuatnya

    ReplyDelete
  7. Asalam nila, slm knl..memg nmpk sdp sgt..mudah plak nak mmbuatnya

    ReplyDelete
  8. Sy suka makan dr masakan org lain je..bila masak sendiri x feel huhu

    ReplyDelete
  9. sedap2.... dah lama juga xmakan mee bandung...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah