Gagal Bendung Gejala Buli Di kalangan Pelajar Sekolah

Belakangan ini  selalu kita dengar gejala buli semakin berleluasa dikalangan pelajar. Apakah yang menjadikan pelajar terbabit melakukan perkara yang sangat keji itu. Apakah orang tua dan guru disekolah kurang memantau atau sama sekali tak perduli dengan pelajar yang melakukan gejala buli ini ? Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah hal yang kecil kerana sudahpun mendapat perhatian seluruh masyarakat di Malaysia ini. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudahpun melampui batas sehingga menyebabkan kematian.



kredit dari Google


Menurut Wikipedia ,ensiklopedia bebas mendefisinikan buli sebagai perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing  ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati  mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasan tidak selesa, aman, tenteram dan hormani. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan  tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.


hentikan gejala buli di kalangan kita mulai dari sekarang

Punca dari gejala buli ini semakin berleluasa di negara ini adalah kurangnya didikan agama dan perhatian dari keluarga. Dalam kehidupan sekarang ini, ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kehidupan yang layak. Menjadikan mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpenghasilan tinggi, penjagaan kanak-kanak  juga diserahkan kepada pengasuh ataupun pembantu dirumah. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing  tidak mempunyai masa yang cukup untuk kanak-kanak  mereka. Kelemahan ini membuatkan anak-anak  kurang mendapatkan pemantauan dan yang pada akhirnya kanak-kanak  itu akan bertindak sesuka hati.  Kurangnya didikan agama dan juga nilai-nilai murni menjadikan gejala buli ini adalah perkara biasa bagi mereka.


gambar diambil dari google

Faktor-Faktor Yang Mendorong Terjadinya Kes Buli
  • Biasanya pelaku kes buli ini mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Seperti ibu bapa yang bercerai, ibu bapa yang tiada masa luang untuk anak. 
  • Pernah menjadi mangsa buli,
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran nakal dan mempunyai masalah disiplin, 
  • Terlalu dimanja oleh ibu bapa, 
  • Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau sebab sebab tertentu,
  • Ingin menunjukkan kekuatan sendiri, 
  • Masalah emosi yang melampau-lampau.



Masalah yang timbul membuatkan mereka tertekan dan membebankan diri mereka. Akibat tidak dapat  menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan keatas emosi mereka . Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan.


Punca lainnya boleh jadi kerana media massa. Sering menonton television bergenre kekerasan dan memaparkan budaya samseng. Yang menjadikan pembuli mengikuti budaya tersebut. Lazim nya seorang pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya mereka selalu terikut-ikut perangai rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih kawan maka tidak mustahil  ia akan terjerumus dalam gejala buli ini.


kredit gambar dari duniaitu.blogspot.com

Kesan buli ini apabila dewasa kelak kemungkinan pembuli akan jadi penjenayah dan bertindak agresif seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. Kesan kepada mangsa pula mereka akan cenderung membalas dendam kepada orang lain. Yang tujuannya mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan bahkan mungkin kematian. Mangsa akan hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu kesekolah sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tak berguna.


kredit gambar dari kpjpc2.blogspot.com

Sebelum masalah ini menjadi lebih serius, langkah pencegahan harus segera di ambil agar gejala buli dapat segera diberantas dan tidak menjadi budaya dikalangan pelajar di negara kita ini. Ibu bapa haruslah memandang serius hal ini untuk sama-sama membantu mendidik anak-anak  agar tidak terjerumus dalam gejala buli ini. Peranan pihak sekolah dan orang tua amatlah penting agar mereka dapat memantau pelajar agar tidak membudayakan gejala buli ini. Kita juga harus memikirkan nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat  kecedraan fizikal  malah turut menjejaskan emosi. Usaha meberantas gejala buli perlu ditangani sengan serius bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini terus berlaku dan bermaharajalela.



Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : 



 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh firdaus Shoppe Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Gejala buli harus diberantas secepatnya. Jangan sampai gejala buli ini merosak generasi penerus bangsa dan agama. Bertindaklah orang tua dan semua yang terlibat. Kita semua harus peka terhadap tindak tanduk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  2. pelbagai pihak harus memainkan peranan dalam menangani gejala ini...yang paling penting adalah didikan agama yg kukuh...sikap dan perangai pelajar harus dipupuk dari peringkat institusi keluarga lagi...yang mana ibu bapa khususnya harus tahu tingkahlaku anak2 mereka samada di dalam mahupun diluar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu nur..kita kena benteng anak-anak dengan ilmu agama agar mereka t
      faham mana yg boleh mana yg tak boleh..

      Delete
  3. Pernah tengok video budak kena buli...sebagai seorang ibu saya menangis, dalam hati berkata kenapa mesti ada anak-anak yang perangai macam ni, salah satu mungkin kurang didikan agama. Betul kata zie...ibu bapa harus tahu perangai anak-anak dan sentiasa pantau pergerakkan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Didikan agama dan kasih sayang orang tua amat penting bagi mereka.

      Delete
  4. Mak ayah kena pantau ketat dengan siapa anak-anak dia berkawan. Kalau boleh rancangan tv tu kurang-kuranglah. Tak dak faedah langsung. Melainkan yang berbentuk ilmiah. Wallahualam.

    JommSihatDanCantik -> PROSES PERJALANAN PENUAAN KULIT MANUSIA

    ReplyDelete
  5. Memang takut bila baca tentang buli di sekolah ini. Semoga ibu bapa dapat mengambil berat tentang kelakuan anak-anak mereka terutamanya di sekolah.
    Baca Bagaimana Merawat Keputihan Wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya takut dan seram....kalau boleh biarlah anak-anak kita jauh dari gejala buli ini.

      Delete
  6. Gerun tengok kes semasa pasal buli..takut pulak nak hanar anak sekolah...

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula kita kena berkejasama dengan guru dan semua pihak di sekolah agar dapat bendung gejala buli ini.

      Delete
  7. Ya Allah risaunya bila fikirkan kes buli sekarang..nanti anak2 ni makin besar lagi banyak pulak masalah lain jika dr kecik dah terlibat dok buli org.

    Jemput baca: Kawal Tahap Gula Kencing Manis Untuk Elak Abah Kena Potong Anggota Kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak ida. Oleh itu kita kena didik anak-anak kita agar mereka faham buruknya gejala buli ini.

      Delete
  8. Buli.. pada pendapat saya la, ibu bapa pun tak boleh dipersalahkan 100%.. Ibu bapa mana yang ajar anak2 nya menjadi pembuli. Setiap ibu bapa pasti nakkan anak2nya menjadi yang terbaik. Tapi sekarang ni terlalu banyak pengaruh2 yang kadang2 mempengaruhi sifat budak2 tu sendiri. Contohnya pengaruh kawan2 yang tidak baik atau dari filem2 aksi/ganas yang terlalu banyak sekarang ni. Ada juga pengaruh2 yang dicontohi dari sumber internet. Kadang2 ibu bapa pun tak sedar sebab sikap budak2 ni depan ibu bapa pijak semut pun tak mati, tapi kat belakang, dia lah taiko..

    So sebagai masyarakat yang prihatin dan mempunyai anak2 yang sedang membesar sekarang ni, kita perlulah fikirkan macam mana nak membendung atau menyelesaikan masalah ni.. bukan fikirkan masalah ni dan mengharapkan pihak2 berwajib je yang selesaikan kemudia tuding menuding antara satu sama lain.

    Jom doa semoga zuriat keturunan dan keluarga kita tidak terlibat atau menjadi mangsa perbuatan buli ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju sekali dengan pendapat irene...pendidikan yang dasar memnag orang tua kena bagi untuk anak-anak ini. Kalau orang tua memang dah buat untuk anak insaaAllah semua akan berjalan lancar. Bentengi diru anak-anak anda dengan baik.

      Delete
  9. Takut sangat bila ada kes-kes buli ini. Semoga kita mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan terpelihara dari anasir jahat.

    Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.....terima kasih sudi singgaj blog saya dear.

      Delete
  10. Kes buli ni menjadi-jadi..budak2 skrg x tkot dh...ckgu yg tkut dgn bdk2 skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe....saya takut sangat tengok berita pasal buli ini. Geram pon ada.

      Delete
  11. Budak-budak sekolah sekarang dah pandai buat 'mahkamah' sendiri. Atas dorongan apa, saya pun tak pasti. Mungkin trend skrg, siapa kuat dia lah ketua yg 'disanjungi'.

    Super Mama Jom Kurus >>> Tiada Masa Bukan Alasan 'Super Mama' Untuk Kurus!

    ReplyDelete
  12. Takutnya bila tgk kes buli...utk atasinya pelbagai pihak harus mengambil langkah bijak utk menanganinya..

    sirap merah untuk kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mari kitq berganding bahu untuj cegah dan berantas kes buli ini.

      Delete
  13. Sy berpendapat semua pihak harus mainkan peranan masing2.. sy ada sorang member yang pernah terlibat dengan kes buli. Hampir 20 org budak sekolah sebaya mereka dikenakan tindakan buang sekolah. Dan mereka bukan calang2. Budak pandai dari sekolah yang bagus di Ipoh. Bila dah terpengaruh dengan rakan sebaya, keseronokan nak membuli tu memang tinggi. Kononnya nak mengajar budak junior sedangkan tindakan mereka salah. Tapi, apabila dia insaf, alhamdulillah dia dapat kerjaya yang bagus.

    RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

    ReplyDelete
  14. Banteras buli.sememangnya didikan agama amat perlu dititik beratkan.anak-anak yang kurang mendapat perhatian terdorong dalam kes pembulian kerana mereka inginkan perhatian keatas mereka.didikan haruslah bermuka dr rumah.perhatian ibu bapa itu penting

    matang-family-park

    ReplyDelete
  15. Gejala buli ni Makin berleluasa skrg.. Semua tak tahu kpd siapa Bak dpersalahkan.. Bg Sy.. Semua harus bertanggungjawab.. Ad juga Dr family yg baik2, tapi anaknya tak ikut perangai baik ibu bapanya.. Itulah mcm kumpulan nasyid raihan ckp, iman tak dpt dijual beli.. Betul lah.. Nak salahkan guru pn tak blh.. Slh diri budak tu sndiri, dia pun masih bdak2.. Masih mentah.. Msg2 nk tnjuk hero.. Jadi smua kn bkerjasama utk banteras.. Yg pnting jgn guna kekerasan..
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  16. Tak tahu nak salahkan siapa... Zaman kita sekolah dulu jauh sangat bezanya dengan zaman budak2 skrg... dunia akhir zaman...

    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    ReplyDelete
  17. Gejala buli ini boleh dibendung jika guru-guru dan ibu bapa dapat bersatu membanteras. Masalah sekarang ini ada ibu bapa yang tidak mahu sama-sama turun padang. Ada juga ibu bapa yang tidak mahu terima kenyataan yang anak mereka kaki buli.

    ReplyDelete
  18. gejala buli menunjukkan hasil daripada sistem pendidikan negara kita ada yang tidak kena.

    ReplyDelete
  19. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku. Pihak berwajib harus memandang serius kes ini yang semakin berleluasa sekarang.

    ReplyDelete
  20. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada hal-hal sebegini

    ayat pape

    ReplyDelete
  21. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada hal-hal sebegini

    ayat pape

    ReplyDelete
  22. masalah buli di sekolah sekarang nie makin menjadi-jadi,perkara ini perlu dibendung dari awal lagi, takut akan menjadi serius di kemudian hari nati. pemantau daripda guru dan ibu bapa sangat penting dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  23. Aii... takut sangat... doa bnyk2 supaya anak kita xjadi mangsa buli @ pembuli...
    didikan agama sangat penting...

    ReplyDelete
  24. Buli ni sebenarnya mereka kurang kasih sayang.. sian juga. Kenap cek persekitaran rumahnya. Tapi mangsa buli lagi kesian dan takut akan datang mereka bertindak buli balik

    ReplyDelete
  25. sekarang ni gejala buli semakin berleluasa,tidak kira umur...jadi ibu bapa harus prihatin jika melihat anak-anak yang asalnya periang tiba-tiba jadi pendiam..mungkin dia adalah salah seorang mangsa buli..semoga gejala ini dapat dibendung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah