Kesan Kanser Serviks Yang Mungkin Melanda Anda

Papsmear selalu dikaitkan dengan kanser leher rahim atau kanser serviks, kerana test ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengesan keberadaan kanser pembunuh wanita nombor dua di dunia setelah kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi mengalaminya adalah wanita yang banyak melahirkan, perokok, dan bagi yang selalu bertukar-tukar pasangan.
Kanser leher rahim adalah sejenis kanser yang 99,7% disebabkan oleh Human papilloma Virus ( HPV) onkogenik yang menyerang leher rahim. Gejala kanser ini tidak terlihat  sampai kanser memasuki peringkat yang lebih jauh. Disinilah pentingnya kita melakukan Papsmear. Jika pemeriksaan pap smear ini ditemukan tanda-tanda awal kanser leher rahim, maka peluang untuk bisa menyembuhkannya sangat tinggi.

 gambar dari ipohgynae.com

Selain kebiasaan hidup yang kurang baik, kebiasaan merokok dan kurangnya mengambil vitamin  terutamanya sekali Vitamin C dan Vitamin E dan kurangnya pengambilan asam folat yang menjadi penyebab terjadinya kanser serviks ini.
Kebiasaan melakukan hubungan seksual dengan lelaki yang berganti-ganti pasangan juga menjadi satu pemicu penyebab terjadinya kanser ini. Faktor lainnya seperti sejarah keluarga yang memiliki kanser, terlalu sering menggunakan pil perancang dan terlalu kerap melahirkan.
Adapun ciri-ciri wanita yang menderita penyakit kanser serviks ini sepertu berikut :
  • Saat melakukan hubungan intim selalu merasakan sakit, bahkan adakalanya disertai dengan pendarahan
  • Mengalami keputihan yang tak normal disertai dengan pendarahan yang tak seperti biasanya
  • Sering merasakan sakit pada daerah punggung/pinggul
  • Pada saat datang haid, darah yang datang sangat berlebihan
  • Saat wanita mengalami peringkat lanjut akan mengalami sakit pada bahagian peha atau salah satu peha mengalami bengkak, nafsu makan menjasi sangat berkurang, berat badan tidak stabil, susah untuk buang air kecil dan mengalami pendarahan spontan.


gambar diambil dari www.wanista.com


gambar dari google


Dengan melakukan beberapa tindakan yang dapat memperkecil risiko terkena kanser serviks ini, mudah-mudahan kita dijauhkan dari terjangkit atau menderita kanser serviks ini. Dapatkah anda membayangkan perasaan anda jika mengetahui hasil pemeriksaan "papsmear " anda memberikan hasil abnormal ? Tentulah anda akan merasa risau, manakala anda mendapati bahawa hasil pemeriksaan tersebut abnormal. Tetapi janganlah terlalu risau kerana tidak semua penampakan sel-sel yang abnormal tersebut berarti kanser. Memang papsmear dapat mendeteksi kelainan-kelainan perubahan sel-sel rahim secara dini. Hanya yang perlu kita ingat adalah seawal mungkin ditemukannya kelainan-kelainan pada pemeriksaan papsmear, maka akan semakin mudah dan cepat kita atasi masalah yang akan timbul. Oleh itu periksakan lah segera diri anda di klinik-klinik berhampiran rumah anda. Agar kesihatan anda tetap terjaga dan dapat dipantau.




Rujukan ; www.ayahbunda.co.id, http://spiritia.or.id/li/bacali.php?lino=507, http://bidanku.com/kanker-serviks-ciri-ciri-penyebab-dan-pencegahan-kanker-serviks, 



Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
 Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Jangan anggap mudah pemeriksaan papsmear untuk anda. Inilah adalah langkah terbaik untuk memastikan kesihatan anda pad tahap normal.

    ReplyDelete
  2. satu lagi jika ada pendarahan selepas bersama suami...better p cek..
    itu antara tanda2nya..

    Punca Dan Rawatan Anak Yang Kerap Demam

    ReplyDelete
  3. Papsmear memang wajib di lakukan oleh semua wanita yang sudah berkahwin sebagai langkah awal mencegah kanser serviks ini. Kalau tak silap saya ada di berikan suntikan pelalian HPV untuk pelajar perempuan di sekolah menengah ... Jom cegah sebelum parah....

    ReplyDelete
  4. Yup sungguh.. Dulu sy tak rasa pun ujian Pap Smear ni sgt penting utk wanita. Tapi, bile banyakkan bacaan, dh ada kesedaran. Kene mulakan langkah awal jugak.. Better cegah daripada rawat..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah