Gulai Cubadak, Masakan Urang Awak

Alhamdulillah lepas dah makan siang hari ini, makan dengan "gulai cubadak urang minang". Memang mengangkat selera kita. Ya laa...dah lama tak makan makanan yang berasal dari nenek moyang. Biasanya gulai cubadak ini dinikmati dengan beberapa potong lontong dan di letakkan sedikit keropok di atasnya. Bagi masyarakat minang, lontong gulai cubadak  memang makanan yang wajib setiap hari. Khususnya di waktu pagi untuk sarapan bersama segelas teh o.  Tetapi di zaman modern sekarang gulai lontong cubadak sudah agak jarang ditemui kerana mungkin susah untuk mendapatkan cubadak atau nangka ini.


Apakah anda tahu cara memasak gulai cubadak..? Mungkin sebagian besar dari anda, ada yang tak tahu membuatnya kan...al maklumlah lain padang ..lain ilalang...lain tempat..lain caranya...betul kan.? Nah dalam entry kali ini saya rasa ingin berkongsi masakan pula dengan anda semua. Yaitu gulai cubadak atai gulai nangka. Caranya memasaknya sebenarnya mudah saja. Hanya kadang-kadang agak lama kerana proses masak nangka atau cubadak  saja. Sebelum memasak, kita harus memilih nangka yang baik dan muda. Kerana apabila anda memilih nangka yang tua, rasanya tidak akan sedap. Perlu mengambil nangka yang muda agar hasil masakan akan sedap dan cepat dimasak.


Diantara bahan-bahan yang perlu anda sediakan yaitu:

Nangka /cubadak
Santan
Tulang lembu/ ayam
Minyak masak untuk menumis

Daun limau
Daun kunyit
Serai

Bumbu yang harus dihaluskan/ di blend
Halia
Lengkuas
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Chili merah
Chili padi merah
Ketumbar

Garam secukupnya
Penyedap secukupnya

Cara memasak:

Pertama sekali anda tumis bahan-bahan yang sudah di haluskan/di blend tadi. Tumis sampai naik harum dan pecah minyak. Dan masukkan semua daun kunyit, daun limau dan serai. Lalu masukkan nangka tadi dan air rebusan tulang/ayam sampai nangka tadi terendam. Tutup dengan rapat lalu masak sampai nangka/cempedak lembut. Apabila nangka dah lembut, anda boleh masukkan santan dan perasa seperti garam dan juga penyedap. Biarkan sampai  nangka betul-betul lembut dan angkat. Sajian gulai cubadak anda sudah siap untuk dimakan bersama nasi ataupun lontong.

Saya harap perkongsian saya kali ini, dapat bermanfaat untuk anda semua. Aamiin....



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. wah, cam best ni..boleh try..
    http://akmalrusyd.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nampak pun sedap
    selalu makan ni di kedai restoran padang je, tapi tak tau nak buat sendiri. memang favourite

    http://bit.ly/1uptPZj

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah