TANDA-TANDA IBU HAMPIR BERSALIN

Tanda-tanda ibu hampir bersalin.



Pada hujung kehamilan kebanyakan para ibu mengandung banyak yang merasa gementar kerana hari melahirkan bayi hampir dekat. Apalagi bagi ibu yang akan mengalami pengalaman pertama bersalin. Bagi ibu yang sudah mengalami pengalaman bersalin sebelumnya pula akan sedikit bersedia kerana telah mengalami detik-detik bersalin sebelumnya. Walau bagaimanapun deti-detik bersalin memang saat-saat berdebar bagi semua ibu. Tak sabar untuk menatap buah hati yang dikandungkan selama 9 bulan.
Kehamilan akan berakhir dengan kelahiran. Biasanya proses kelahiran di dahului oleh beberapa tanda. Melalui proses kelahiran ini segala hadil kehamilan iaitu janin, air ketuban, uri dan tembuni terpisah dan dikeluarkan dari rahim melalui faraj ke dunia.
Oleh kerana proses kelahiran itu melibatkan seluruh anggota anda, maka keadaan fizikal yang baik dan kawalan emosi sangat perlu di samping keupayaan otot-otot mengeluarkan janin. Apa yang menyebabkan kelahiran berlaku dengan tepat tidak diketahui. Walau bagaimanapun, beberapa faktor dikatakan ada kaitan dengan proses ini, iaitu:

  • pembesaran rahim telah mencapai paras      optimum.
  • Penekanan bahagian utama janin, iaitu biasanya bahagian kepala ke pangkal           rahim dan bahagian bawah rahim             serta urat   saraf.
  • Proses ketuaan uri mengubah imbangan   pengeluaran hormonnya.
  • Janin telah matang untuk dilahirkan.

Bilakah kelahiran bermula

Sepanjang masa kehamilan, otot rahim sering menguncup yang mengakibatkan rahim mengeras. Kejadian ini tidak begitu terasa sehingga adakalanya tidak di sedari. Setelah usia kehamilan meningkat, pengucupan berlaku lebih kerap dan kuat sehingga mulai terasa.

Adakalanya,  Pengucupan ini terasa sakit seolah -olah akan bersalin. Ini kerap terjadi biasanya pada ibu yang hamil anak kedua dan selanjtnya. Rasa sakit akan reda dan hilang terus dan jika anda pergi ke hospital dan anda akan disuruh pulang.

Kelahiran sebenarnya di mulai apabila penguncupan berlaku semakin kerap dan secara teratur. Semakin maju proses kelahiran,  maka semakin keraplah berlaku penguncupan iaitu setiap tiga hingga lima menot sekali, serta berlangsung lebih lama, sekitar 30 hingga 90 saat.

Pada ketika ini, tanda akan berlaku kelahiran terjadi iaitu  keluar lendir bercampur darah melalui kemaluan. Penguncupan rahim lebih kerap berlaku sehingga menyebabkan pecah karung ketuban dan airnya keluar dengan banyak.
Urutan yang paling umum dari peristiwa kelahiran ialah

  • Pengucupan yang teratur
  • Keluar lendir bercampur darah dari kemaluan
  • Pecah karung ketuban


Pengucupan rahim yang teratur

Proses ini berlaku sebagai salah satu langkah untuk menolak bayi dari rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Rahim akan menjadi keras dan anda akan merasa tidak selesa atau rasa sakit yang  sebenar.
Keadaan ini berlaku secara semulajadi dan tidak boleh dikawal. Kekerapannya tetap dan bermula setiap 15 menit pada mulanya dan semakin kerap berlaku iaitu setiap dua hingga tiga minit kemudian.
Sakit yang dialami, bermula dari belakang beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin hampir tiba.
Pintu rahim kemudiannya akan terbuka untuk memberi laluan kepada bayi dari rahim ke faraj untuk dilahirkan. Sejurus sebelum bayi dilahirkan, pintu rahim terbuka sepenuhnya. Proses ini lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan bahagian pintu rahim.

Darah keluar

Darah bercampur lendir akan keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula atau apabila saat kelahiran hampir tiba.
Darah yang keluar berpunca daripada pembesaran pangkal rahim mengakibatkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya. Lendir yang beserta darah ialah lendir yang menjadi "penutup" pintu rahim sebagai satu langkah asli menghindarkan jangkitan dari luar kepala bayi.

Pecah Ketuban

Ketuban boleh pecah beberapa jam sebelum bermula proses kelahiran atau pada peringkat pertama atau kedua. Kadangkala ketuban pecah semasa kelahiran.

Bila Anda Perlu Ke Hospital

Umumnya, tanda kelahiran dapat diketahui dengan mudah. Namun adakalanya bakal ibu ragu-ragu dan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum berangkat ke hospital. Ada juga ibu-ibu yang lainnya tidak mengalami sebarang tanda sebelum sakit bersalin sebenar bermula.

Sebenarnya kes seperti ini, anda harus menunggu sehingga pengucupan sudah berlaku sebelum berangkat ke hospital. Walaupun begitu, jika ketuban sudah pecah, ini menampakkan satu tanda yang bayi dalam perjalanan dan bakalbibu harus segera ke hospital.
Adalah lebih baik menunggu di hospital daripada bersalin dalam perjalanan ke hospital.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Jika anda yakin yang tanda-tanda anda alami itu tanda sebenar hendak bersalin, bersiap-siaplah untuk berangkat ke hospital. Anda masih mempunyai banyak masa, oleh itu janganlah merasa cemas dan tergopoh-gapah.
Berkemaslah dengan menyediakan pakaian anda dan bayi ke dalam beg untuk dibawa ke hospital dan hubungi suami  jika dia bekerja. Di hospital, anda akan didaftarkan dan kemudian dimasukkan ke wad.
Apa yang penting sebelum saat kelahiran sebemar bermula, anda haruslah bertenang. Hanya dengan bertenang sahaja, proses kelahiran itu dapat berlangsung dalam keadaan baik.
Rasa sakit bersalin juga akan berkurangan jika anda bertenang dan menuggu dengan sabar dan beristiqfar dengan mengingati Allah Swt. Dalam masa beberapa jam lagi; cahaya mata yang anda tunggu selama ini akan lahir dan dalam detik yang paling menggembirakan.


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah